Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan / Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

1.1_Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan warga Kementerian Pembangunan yang menghadiri Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Jun. – Bagi meneruskan lagi Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Acara Walkaton dan Penanaman Pokok di Riverfront Promenade, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Acara didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa oleh Awang Muhammad Hafiy bin Noorsam, dan diikuti dengan taklimat keselamatan.

2_Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.jpeg

ACARA dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa.

Acara diteruskan dengan penanaman sebanyak 26 pokok Ashoka (nama saintifik: Polyalthia Longifolia) bagi mengindahkan lagi landskap sepanjang Jalan Residency. Acara berakhir dengan aktiviti walkaton sejauh 1.5 kilometer di sepanjang promenade riverfront Sungai Brunei.

3_Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.jpeg

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan menanam anak pokok.

Turut hadir semasa acara tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan dan Penolong-Penolong Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

4_Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.jpeg

AKTIVITI walkaton turut diadakan di sepanjang promenade riverfront Sungai Brunei.

Bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun ini, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi juga menyusun beberapa program lain termasuk Hari Kitar Semula Senegara (Edisi Upcycling) yang akan diadakan pada 22 Jun 2025.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan acara ini boleh didapati di laman Instagram rasmi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi: @jastre.bn.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan.

Attachments